Isnin, 4 April 2011

WANITA DAN SUARA


           KECANTIKAN WANITA BUKAN SAHAJA TERLETAK PADA PARAS RUPA TETAPI AKHLAK DAN KEPERIBADIANNYA. BERBUDI BAHASA MEMANG SANGAT DIGALAKKAN TETAPI TATACARA INI TERTAKLUK KEPADA ADAB TERTENTU. DALAM PERCAKAPAN UMPAMANYA, WANITA DILARANG DENGAN SENGAJA MEMANJAKAN SUARA DENGAN LELAKI BUKAN MAHRAM SEHINGGA MENCETUSKAN PERASAAN SERONG DIHATI ORANG YANG MENDENGAR.

PERINGATAN INI DINYATAKAN ALLAH DALAM FIRMAN-NYA YANG BERMAKSUD:

"JANGANLAH PEREMPUAN-PEREMPUAN ITU TERLALU LUNAK DALAM BERBICARA SEHINGGA BERKEINGINAN ORANG YANG ADA PERASAAN SERONG DALAM HATINYA, TETAPI UCAPKANLAH PERKATAAN-PERKATAAN YANG BAIK." (AL-AHZAB: 32)

           BEGITU JUGA GOLONGAN WANITA DILARANG MENGGUNAKAN SUARA MEREKA UNTUK TUJUAN YANG BOLEH MELALAIKAN ORANG LAIN, ANTARANYA NYANYIAN  DAN GURINDAM YANG MENYENTUH HATI.

HAL INI DITEGASKAN DALAM SABDA RASULULLAH YANG BERMAKSUD:

"SESUNGGUHNYA AKAN ADA UMATKU YANG MINUM ARAK YANG MEREKA NAMAKAN DENGAN YANG LAIN, IAITU KEPALA MEREKA DILALAIKAN OLEH BUNYI-BUNYIAN (MUZIK) DAN PENYANYI PEREMPUAN, MAKA ALLAH AKAN TENGGELAMKAN MEREKA ITU DALAM BUMI." (RIWAYAT IBNU MAJAH)

0 comments: