Selasa, 19 April 2011

Parlimen Singapura dibubar untuk pilihan raya umum ke-11


SINGAPURA 19 April - Kerajaan Singapura hari ini mengumumkan pembubaran Parlimennya, sekaligus membuka jalan untuk Pilihan Raya Umum ke-11 republik itu diadakan.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Presiden Singapura SR Nathan membubarkan Parlimen selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Pilihan raya umum itu akan menjadi ujian pertama kepimpinan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Hsien Loong, anak sulung Perdana Menteri pertama Singapura dan Menteri Mentor Lee Kuan Yew, dilantik ke jawatan itu pada Ogos 2004.
Sebelum ini, beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri sejak 1990. - Bernama

0 comments: