Isnin, 18 Julai 2011

Anggota kumpulan 98 Degrees berkahwin


LOS ANGELES 16 Julai - Bekas anggota kumpulan 98 Degrees, Nick Lachey dan aktres Vanessa Minnillo disahkan berkahwin, semalam dalam satu majlis tertutup, lapor Us Weekly.

Lachey, 37, yang merupakan pengacara The Sing-Off dan Minnillo, 30, bertukar-tukar janji di bahagian atas tebing menghadap laut di Pulau Necker.

Mereka tiba di pulau tersebut pada Selasa lalu dengan menaiki jet peribadi dan majlis itu dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

"Kami agak sibuk (merancang perkahwinan) atas sebab-sebab yang jelas," kata Lachey kepada pemberita semasa menghadiri parti bujangnya awal bulan lalu.

Lachey melamar Minnillo pada November lalu selepas mereka menjalin hubungan cinta selama empat tahun.

"Saya mahukan anak secepat mungkin bersama Minnillo dan sudah bersedia menjadi bapa," katanya ketika ditemubual Majalah Parade.

Kumpulan 98 Degrees yang dianggotai Lachey pernah popular dengan lagu Give Me Just One Night pada 1990-an. - AGENSI

0 comments: