Ahad, 17 Julai 2011

TAHNIAH: Farah (AF2) ~dan~ Nurul Syuhada (Majalah 3)


Farah nikah: 15 Julai 2011 (Jumaat) bersamaan
13 Syaaban 1432 Hijrah.

~dan~

Nurul Syuhada nikah: 16 Julai 2011 (Sabtu)
bersamaan 14 Syaaban 1432 Hijrah.

TAHNIAH buat dua personaliti, Farah Diana Anuar dan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin yang selamat bergelar isteri.

Farah mula kita kenali sejak menyertai program Akademi Fantasia 2 (AF2) sementara Nurul Syuhada pula begitu sinonim dengan Majalah 3.

Kedua-dua mereka melalui perjalanan dunia seni dengan cara yang sederhana, tidak terlalu melonjak dan tidak juga dilupakan.

Bagi Farah, kesederhanaan membuatkan dia bersih daripada gosip yang sering melingkari dunia insan seni.

Malah, percintaannya dengan suami, Johan Johari, tidak begitu digembar-gemburkan sebaliknya menjalani perkenalan, percintaan, pertunangan dan pernikahan dengan tenang.

Semoga Farah melayari hari-hari mendatang sebagai isteri dengan penuh kebahagiaan dan waktu sama, meneruskan kerjayanya.

Sementara Nurul Syuhada pula akhirnya memilih ‘orang bank’, Raja Amir Shah Raja Azwa sebagai suami. Sebelum ini, Nurul Syuhada pernah intim dengan angkasawan negara, Mejar Dr Faiz Khaleed.

Namun sudah jodoh buat Nurul dengan Raja Amir apabila mereka disatukan pada 16 Julai semalam.

Sememangnya bukan mudah untuk melayari bahtera rumah tangga kerana semuanya serba baru dan berhadapan pelbagai godaan lebih-lebih lagi bagi kalangan selebriti, tetapi saya yakin baik Farah mahupun Nurul Syuhada mampu mengharungi gelombang itu.

p/s: menanti September 2011 (akad nikah ND)

0 comments: