Rabu, 20 Julai 2011

Pegawai TUDM terbunuh kemalangan


ARAU 19 Julai – Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat leftenan muda, Mohd. Zulhelmi Mohd. Yusof terbunuh apabila kereta yang dinaiki bersama tiga rakannya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 21, Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika Mohd. Zulhelmi, 21, yang memandu kereta itu bersama rakannya, Muhamad Amir Mohamed Arifin, 20; Melati Kamarudin, 20, dan Ku Shahida Ku Shali, 22, dalam perjalanan ke Perlis selepas menghadiri satu majlis di Sungai Petani, Kedah malam tadi.

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI

0 comments: