Selasa, 19 Julai 2011

Bekas jurulatih kebangsaan Malaysia Bicskei meninggal


KUALA LUMPUR 18 Julai – Bekas jurulatih kebangsaan Malaysia, Bertalan Bicskei meninggal dunia di Budapest, Hungary, Sabtu lepas. Beliau berumur 66 tahun.

Bicskei menjadi jurulatih mulai Julai 2004 hingga September 2005.

Kematian jurulatih itu tersiar di beberapa laman Internet dan disahkan oleh bekas majikannya, Persatuan Bola Sepak Liberia (LFA).
Menurut pengarah komunikasi LFA, Henry Flomo, “jurulatih Bicskei telah meninggal dunia.”

Bicskei menjadi jurulatih kebangsaan Liberia dengan kontrak empat tahun mulai Julai 2010, tetapi terpaksa bercuti pada Februari 2011 akibat penyakit yang tidak diketahui.

Bicskei dipilih oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan Allan Harris dari England dan membawa skuad kebangsaan menduduki tempat ketiga pada pertandingan Piala Tiger (kini Piala AFF), tetapi kemudiannya diturunkan pangkat menjalankan tugas-tugas pembangunan belia.

Kontraknya dengan FAM ditamatkan selepas persetujuan bersama. – Bernama

0 comments: