Ahad, 17 Julai 2011

Nurul Syuhada Nurul Ain pengacara Majalah tv3 Selamat Dinikahkan 16 Julai


SELAMAT PENGANTIN BAHARU NURUL & RAJA AMIR

SAMA CANTIK SAMA PADAN

Dengan sekali lafaz, pengacara popular TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, selamat dinikahkan bersama pasangannya  Raja Amir Shah Raja Azwa dalam majlis tertutup di The Binjai On The Park, KLCC, Kuala Lumpur  malam tadi.

Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri dengan disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, KLCC.

Nurul Syuhada, 27, yang kini merupakan pengacara program Majalah 3 menerima mas kahwin berjumlah RM777 dan wang hantaran sebanyak RM20,111 daripada Raja Amir, 29.

Majlis resepsi kedua-dua pihak akan berlangsung pada 23hb Julai ini di Grand Ballroom, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Nurul kelihatan anggun dengan busana kaftan muslimah rekaan Datuk Radzwan Raziwill. Dia menerima sentuhan Khalid & Favors By Eddie sebagai perancang perkahwinan.

oleh Wahida Othman

0 comments: