Isnin, 18 Julai 2011

Menteri Luar Mesir berundur


KAHERAH 17 Julai – Menteri Luar Mesir, Mohammed al-Orabi meletak jawatan hari ini, ketika Perdana Menteri Essam Sharaf melantik dua Timbalan Perdana Menteri dalam langkah pertama menjelang pembubaran Kabinet bagi meredakan tunjuk perasaan.

Sharaf yang menjadi ketua kerajaan sementara selepas revolusi rakyat yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak Februari lalu dijangka memperkenalkan Kabinet baru menjelang esok, sesuatu yang diharap dapat menamatkan protes di tengah Kaherah sejak seminggu lalu.

Pengumuman peletakan jawatan Orabi oleh media kerajaan itu dibuat beberapa jam selepas Sharaf melantik veteran ekonomi, Hazem Beblawi dan pemimpin parti liberal Wafd, Ali al-Silmi sebagai timbalannya. – AFP

0 comments: