Ahad, 3 Julai 2011

Bekas Presiden Brazil, Itamar Franco meninggal dunia



BRASILIA 3 Julai - Bekas Presiden Brazil, Itamar Franco yang berkhidmat dari tahun 1992 hingga 1994 meninggal dunia hari ini akibat leukemia.
Franco menghembuskan nafas terakhir di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo pada usia 81 tahun.
Franco memegang kuasa tanpa dijangka kerana presiden sebelumnya, Fernando Collor de Mello didakwa terlibat dengan korupsi.
Dia turut dikenali dengan Rancangan Real, sebuah program ekonomi bagi mengakhiri inflasi di Brazil. - AFP

0 comments: