Selasa, 19 Julai 2011

Lenovo ThinkPad X1 nipis berteknologi tinggi


Khoo Hung Chuan (dua dari kanan) menunjukkan komputer riba
Lenovo ThinkPad X1 semasa majlis pelancarannya di Kuala Lumpur
baru-baru ini.

Mewarisi keanggunan siri yang lalu, kini ThinkPad X1 kembali menawarkan peningkatan inovasi sehingga mampu memenuhi keperluan serta spesifikasi yang digariskan oleh pihak tentera.

Menggunakan inovasi Lenovo terkini seperti panggilan suara dan video, pengurusan komputer pintar bagi kuasa dan keupayaan, hayat bateri sepanjang hari, pengurusan perniagaan dan pengalaman pengkomputeran mudah digunakan.

Sejarah Lenovo dalam penghasilan komputer riba memastikan produk yang dihasilkan kini mampu memberi kepuasan maksimum kepada peminatnya.

Pengurus Besar Negara bagi Malaysia, Khoo Hung Chuan berkata, menggunakan pemprosesan Intel terkini dan perisian Enhanced Experience 2.0, Lenovo akan terus menambah nilai dalam komputernya.

ThinkPad X1 berprestasi tinggi, paling nipis seterusnya dilengkapi dengan fungsi multimedia yang pelbagai pastinya mampu memberikan satu pengalaman yang menarik.

"Kami telah mencipta ThinkdPad X1 dengan ciri-ciri istimewa yang meletakkan ia dalam kelasnya tersendiri terutama kepada ahli perniagaan.

"Ini termasuk menyediakan peningkatan dalam bidang utama seperti hayat bateri, video serta persidangan," katanya semasa majlis pelancaran komputer riba Lenovo X1 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dilengkapi skrin seluas 13.3 inci daripada Corning® Gorilla® Glass, memiliki ketebalan kurang daripada 17 milimeter (mm) serta menawarkan prestasi kuasa CPU ThinkPad X1 sebanyak dua kali ganda ia merupakan pilihan ideal bagi mereka yang rajin mengembara.

Ia juga lebih ringan dengan hanya 1.72 kilogram (kg), ThinkPad X1 sangat ringan biarpun kerangkanya diperbuat daripada magnesium aloi.

ThinkPad X1 juga telah melepasi lapan peringkat ujian ketenteraan membolehkan pemiliknya mengunakan ia dimana juga tanpa rasa sangsi.

Mengecas semula bateri lebih pantas bersama teknologi pengecas RapidCharge iaitu sebanyak 80 peratus hanya selama 30 minit.

Teknologi tersebut mampu mengecas bateri komputer riba 2.5 kali lebih pantas daripada yang sebelumnya.

RapidCharge mengandungi 1,000 bateri yang boleh dicas semula dan mampu bertahan selama tiga tahun dan lebih.

Malah pemilik ThinkPad X1 juga boleh mendapatkan bateri RapidCharge tambahan (external) untuk meningkatkan kuasa baterinya selama 10 jam.

Salah satu ciri terbaru ThinkPad X1 adalah paparan papan kekuncinya yang lebih menawan namun tetap mengekalkan sentuhan papan kekunci klasiknya.

Lebih menarik, ThinkPad X1 turut menawarkan sistem audio yang lebih baik daripada Dolby Home Theatre v4.

Sama ada anda mendengar lagu menerusi fon kepala, pembesar suara binaan dalam atau disambungkan kepada sistem teater rumah pemilikan ThinkPad X1 tetap akan merasai pengalaman hiburan yang mengasyikkan.

Manakala bagi memenuhi kehendak serta kegunaan dalam bidang perniagaan, ThinkPad X1 turut dilengkapi kamera 720p serta mikrofon untuk kegunaan panggilan suara mahu pun persidangan video yang lebih jelas dan terang.

Bagi mempercepatkan menghidupkan dan mematikan komputer riba tersebut dilengkapi aplikasi Lenovo Enhanced Experience 2.0 untuk Windows 7.

Ia mampu menghidupkan ThinkPad X1 dengan lebih pantas iaitu hanya selama 20 saat lebih cepat berbanding komputer riba lain yang menggunakan perisian yang sama.

ThinkPad X1 boleh didapati mulai awal bulan ini dengan harga RM5,999.

Mereka juga boleh mendapatkan maklumat dengan melayari www.twitter.com/Lenovo_MY dan www.facebook.com/LenovoMY.

0 comments: