Isnin, 18 Julai 2011

Jennifer Lopez, Marc Anthony akan bercerai


LOS ANGELES 16 Julai - Aktres dan penyanyi Jennifer Lopez akan berpisah dengan suaminya, Marc Anthony selepas berkahwin selama tujuh tahun.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh pasangan itu kepada majalah People dalam satu kenyataan, semalam.

"Ini adalah satu keputusan yang amat sukar, tetapi kami berjaya mengendalikannya secara baik," kata pasangan itu dalam satu kenyataan.

Lopez, 41, dan Anthony, 42, mula bercinta pada awal 1990-an sebelum berkahwin pada Jun 2004 dalam satu majlis yang dirahsiakan di kediaman Lopez di Beverly Hills.

Mereka dikurniakan sepasang anak kembar Max dan Emme pada Februari 2008.

"Ini adalah masa yang amat menyakitkan bagi semua yang terlibat dan kami amat menghargai jika semua orang menghormati kehidupan peribadi kami ketika ini," tambahnya.

Ini merupakan perkahwinan ketiga bagi Lopez dan yang kedua bagi Anthony. - AFP

0 comments: