Nora Danish sentiasa memikirkan yang terbaik untuk anaknya |
Sering memikirkan yang terbaik untuk anaknya, pelakon kecil molek, Nora Danish berhasrat untuk menghantar anaknya ke sekolah Tahfiz ketika usia Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram sudah mencecah empat tahun nanti.
Menurut Nora, impian untuk menjadikan anaknya seorang tahfiz sudah mula terbit sejak dia mengandungkan Rayyan lagi. Namun, Nora juga mengakui bapa kepada Rayyan turut mempunyai impian lain untuk anak tunggal mereka itu.
"Dari segi pekerjaan, saya tidak akan menetukannya, terpulang untuk Rayyan nanti. Bagi saya menjadi pelakon juga satu pekerjaan yang baik dan kerja kami bukanlah satu tugas yang remeh.
"Namun, saya berhasrat untuk menghantar Rayyan ke sekolah tahfiz agar dia boleh mendalami ilmu agama dengan sempurna. Ini memang impian saya sejak mengandung, kalau boleh memang saya mahu lihat Rayyan belajar agama hingga ke Mesir.
"Tapi, bapanya pula lain. Dia juga mempunyai impian untuk anaknya, sekarang pun dia ada belikan barangan-barangan Polo untuk Rayyan, mungkin dia mahu anaknya mengikut jejak langkahnya.
"Saya tidak kisah, tapi kalau boleh biarlah Rayyan terlebih dahulu mempelajari agama, sekurang-kurangnya bila dia menceburi bidang lain, dia sudah mempunyai asas agama yang cukup.
"Saya mahu dia pandai agama, saya mahu segala-galanya untuk anak saya dan saya mahu dia masuk syurga. Zaman ini sahaja, macam-macam perkara sudah berlaku, kita tidak tahu dizaman Rayyan dewasa nanti bagaimana, jadi ini persediaan saya kepadanya,"jelas Nora yang sentiasa memberikan masa terbaik buat Rayyan biarpun ada kalanya dia sibuk dengan penggambaran.
0 comments:
Catat Ulasan