PINEROLO 21 Julai – Pelumba Perancis, Thomas Voeckler dari pasukan Europcar mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu Tour de France selepas menamatkan perlumbaan peringkat ke-17 semalam.
Laluan berbukit sejauh 179 kilometer dari Gap ke Pinerolo itu telah dimenangi oleh pelumba Norway, Edvald Boasson Hagen dari pasukan Sky yang berjaya mengenepikan pelumba Belanda, Bauke Mollema kurang 40 saat. - AFP
0 comments:
Catat Ulasan