Khamis, 21 Julai 2011

Tidak memerlukan khidmat pendandan rambut -Vanessa Hudgens


Vanessa Hudgens

LOS ANGELES 20 Julai - Aktres Vanessa Hudgens hampir tidak dikenali berikutan penampilan terbarunya ketika di set penggambaran filem Gimme Shelter.

Hudgens yang memegang watak sebagai seorang remaja hamil yang terpaksa hidup di kaki lima bandar, tampil berambut pendek, memakai seluar jean besar dan kemeja berhud.

"Saya kelihatan seperti wanita separuh umur.

Saya masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan penampilan baru ini.

Percayalah, saya merindui rambut saya yang dulu tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan," kata pelakon berusia 22 tahun itu.

Tidak seperti bintang Hollywood lain, Hudgens tidak memerlukan khidmat pendandan rambut terkenal atau pergi ke salon mahal bagi menggayakan rambutnya.

"Pada mulanya, saya memotongnya sendiri. Selepas itu, pengarah filem mengambil keputusan untuk memperbaikinya sekali gus memotongnya," kata bekas pelakon filem High School Musical itu.

Filem Gimme Shelter yang turut dibintangi Brendan Fraser dan Rosario Dawson bakal ditayangkan pada 2012. - AGENSI

0 comments: