LOS ANGELES 3 Julai - Bintang Harry Potter, Emma Watson mengakui dia takut untuk menetap di Los Angeles.
"Los Angeles adalah sebuah tempat yang menakutkan. Sekiranya tinggal di bandar besar ini, saya perlu bekerja berjam-jam, mengawal pemakanan bagi mendapatkan bentuk badan yang menarik, malah mungkin perlu menyuntik botox pada usia 22.
''Semua itu boleh buatkan saya gila," katanya kepada majalah Seventeen.
Bintang remaja itu turut mengakui dia jatuh hati buat kali pertama dengan pasangannya dalam filem Harry Potter, Tom Felton.
"Saya mula jatuh hati dengan Felton dalam dua filem pertama kami dan dia merupakan individu pertama yang saya suka.
"Sudah tentu dia tahu saya sukakannya, malah kami berbincang dan ketawa bersama mengenainya," ujarnya.
Watson menjelaskan dia dan Felton kini berkawan baik. - Agensi
0 comments:
Catat Ulasan