Ahad, 3 Julai 2011

Putera Albert, Puteri Charlene bagai pinang dibelah dua





MONACO 3 Julai - Putera Monaco, Putera Albert II dan Puteri Charlene meraikan majlis perkahwinan mereka dalam sebuah majlis keagamaan di dalam istana hari ini di hadapan 800 orang tetamu jemputan, sehari selepas majlis perkahwinan sivil mereka.
Pasangan itu melafazkan `oui’ sebagai tanda setuju di istana dinasti Grimaldi berdepan dengan Laut Mediterranean dan majlis itu dikendalikan oleh Ketua Biskop Monaco, Bernard Barsi.
Charlene yang dilihat kurang tertekan dan sering tersenyum berbanding ketika majlis pertama perkahwinan mereka semalam, saling bertukar cincin emas putih 18 karat dan cincin platinum Cartier. - AFP

0 comments: